Sunday, 27 November 2016
Tuesday, 25 October 2016
Latar Belakang Kami di VAN UNTUK DIJUAL
NAMA SYARIKAT
VUD ENTERPRISE
(NO. PENDATARAN : 002584336-X)
EMAIL
vanuntukdijual@gmail.com
BLOGS
http://vanuntukdijual.blogspot.my
FB PAGES
https://www.facebook.com/vanuntukdijual
FB GROUP
https://www.facebook.com/groups/813646222087382
NO TELEFON
010-9345675 / 019-9639863
MEDIA SOSIAL
https://www.instagram.com/vanuntukdijual
https://twitter.com/VDijual
https://www.tumblr.com/blog/vandijual
PERKHIDMATAN
1. JUAL/BELI VAN BARU DAN TERPAKAI
2. JUAL BELI ALAT GANTI VAN
3. ROADTAX DAN INSURANS KENDERAAN
4. SEWA KENDERAAN BERPEMANDU DAN TANPA PEMANDU
Sunday, 7 August 2016
Van Toyota Hiace
Hubungi saya jika anda ada Van Toyota Hiace untuk disambung bayar..Tak kira tahun.. 😃
Call/whatsapp 010-9345675
Saturday, 6 August 2016
Oleh kerana cuti, pekerja kilang tidak naik van
26 MAC 2016
KULAI - Seorang pekerja kilang elektronik berkata van yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan tujuh orang pagi tadi merupakan van yang beliau selalu naiki untuk ke tempat kerjanya di Senai.
Namun hari ini, Mohd Ridzwan Jahual, 32, yang menyewa di Taman Rinting, Masai berkata, oleh kerana beliau bercuti hujung minggu, beliau tidak menaiki van tersebut.
"Walaupun saya terselamat, namun saya amat sedih kerana adik bongsu saya maut dalam kemalangan itu," katanya yang berasal dari Kampung Terusan Tanjung, Semporna, Sabah kepada pemberita.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 6 pagi antara van pekerja berkenaan dengan sebuah lori di Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, Senai, Kulai.
Adik kepada Mohd Ridzwa, Julasri, 26, maut di lokasi kejadian beserta lima penumpang dan pemandu van manakala seorang lagi meninggal di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai.
Beliau berkata adiknya yang sebelum ini bekerja di syarikat minyak dan gas di Pulau Indah, Klang, Selangor, baru bekerja di kilang itu selama tiga minggu.
"Sebelum ini arwah adik saya kebiasaannya periang dan peramah, tetapi sejak akhir-akhir ini dia agak pendiam. Saya fikir dia letih sebab bekerja," katanya yang kali terakhir bertemu adiknya pada jam 5 pagi tadi sebelum adiknya keluar dari rumah sewa mereka untuk ke tempat kerja.
Sementara itu seorang jurugambar polis yang ditugaskan merakam gambar di tempat kejadian, Razis Sigal, 28, tidak menyangka dua daripada mangsa yang dilihatnya bergelimpangan di tempat nahas merupakan darah dagingnya sendiri.
Razis berkata, Julasri merupakan bapa saudaranya manakala seorang lagi mangsa Nur Hakim Bassal, 25, adalah sepupunya.
"Seperti biasa saya akan mendekati mangsa dan memeriksa satu persatu untuk dirakam gambar mereka. Tetapi kali ini yang saya ambil gambar mereka adalah pak cik dan sepupu saya sendiri," kata konstabel ini yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kulai Cawangan Trafik.
"Saya segera menghubungi keluarga bapa saudara dan sepupu saya di Sabah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku," katanya.
Seorang saksi kejadian, Abdul Aziz Kassim, 49, berkata beliau baru pulang dari minum pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seelong Jaya apabila terdengar bunyi dentuman kuat.
"Pada mulanya saya ingat tayar kereta saya yang pecah. Namun apabila saya teruskan perjalanan saya, saya nampak ada kereta berhenti di tengah-tengah jalan. Saya kemudiannya sangat terkejut apabila ternampak empat mayat berlumuran darah dan bergelimpangan di atas jalan raya," katanya.
Abdul Aziz berkata keadaan di lokasi kemalangan adalah sangat dahsyat dengan jalan raya dibasahi darah mayat-mayat yang bergelimpangan.
Beliau yang turut membantu mangsa, melihat mangsa yang cedera parah tersepit di dalam van yang remuk manakala pemandu lori juga turut tersepit di tempat duduknya. - Bernama
Tujuh maut dalam kemalangan van, lori di Senai
JOHOR BAHRU: Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan van kilang di Jalan Seelong berhampiran Kampung Seelong Jaya, di Senai, Johor pagi tadi.
Enam mangsa termasuk tiga wanita maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kulai.
Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Norarasyil Azim Norahmat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.16 pagi.
Sebuah jentera dengan tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Sehingga kini, maklumat penuh mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan
Friday, 5 August 2016
Pemandu van bebas tuduhan rompak peniaga
SHOLINA OSMAN | 28 Mei 2015 12:54 AM
KANGAR 27 Mei - Seorang pemandu van ayam dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merompak dan mencederakan seorang peniaga ayam dengan menggunakan sebatang besi, hujung tahun lalu.
Hakim Azhar Mokhtar bagaimanapun memerintahkan Mohd. Afif Abdullah, 26, dari Alor Setar, Kedah membayar pampasan sebanyak RM6,000 kepada mangsa, Abdul Karim Abdul Rahman, 52,
Tertuduh sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah ketika kes itu yang disebut pada 31 Oktober 2014.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Afif bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Abdul Karim dengan menggunakan sebatang besi berwarna oren sepanjang 61 sentimeter dan menyebabkan mangsa cedera parah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan rumah Lot 126, Kampung Sena Off Jalan Tok Peduka, di sini pada pukul 4 pagi, 2 September 2014.
Mohd. Afif didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry dan tertuduh diwakili peguam, Zuhair
Ahmad Zakuan.
Peniaga sembunyi arak dalam van buruk
SINAR HARIAN
11 DISEMBER 2015
KOTA BHARU - Tindakan seorang peniaga menyembunyikan minuman keras dalam sebuah van buruk bagi mengelak dicekup terbongkar selepas tindakan tersebut berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MKPB-BRI).
Peniaga sebuah kedai di Jalan Pengkalan Chepa di sini mulanya cuba berdolak-dalik ketika serbuan dilakukan akhirnya mengaku minuman keras yang ditemui dalam van tersebut adalah miliknya dan dikenakan kompaun di atas kesalahan terbabit.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI, Ramly Che Hussain berkata, peniaga berkenaan bertindak ‘licik’ dan beranggapan tindakannya itu tidak dapat dihidu penguat kuasa.
“Namun apabila anggota penguat kuasa cuba memeriksa sekitar kawasan termasuk van terbabit, mereka menemui lapan peti yang diisi dengan 24 botol arak pelbagai jenama termasuk 80 tin arak yang disimpan dalam van terbabit.
“Kita mengesyaki peniaga bukan Islam terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan minuman keras, justeru kesemua arak yang dijual dirampas dalam operasi itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kesemua minuman keras yang disimpan di situ dirampas dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Trade Perniagaan MPKB 1986 (2002).
“Meskipun pemilik premis bukan Islam, begitu juga pelanggannya namun mereka tidak boleh sewenangwenangnya menjual minuman itu dan boleh dikompaun jika ingkar
Peniaga rugi RM50,000 van hangus
Pos(ted on
Melaka: Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas vannya yang penuh dengan muatan barang permainan terbakar dalam satu kejadian di tempat letak kereta Medan Selera Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, kira-kira jam 5 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, difahamkan pemiliknya Francis Rayappan, 53, dan isteri Diana de Costa, 46, berada di rumah mereka di Ujong Pasir.
Diana berkata, perniagaan mereka ditutup pada 12 tengah malam tadi dan barangan permainan disimpan di dalam van lalu diparkir di tempat letak kereta di situ.
“Saya dan suami hanya tahu mengenai kebakaran van selepas dua remaja datang mengejutkan kami kita-kira jam 5 pagi, dan kami segera bergegas ke sini (Perkampungan Portugis),” katanya.
Tinjauan di lokasi kejadian, pasukan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melakukan siasatan dan turut terdapat satu bekas minyak dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk memulakan kebakaran.
-Harian Metro
Van dan Lori Murah Untuk Dijual. Whatsapp sy di 010-9345675
Assalamualaikum,
Inginkan van atau lori murah, besar, selamat dan mudah diselenggara?
Kami memahami keperluan peniaga kecil yang ingin berniaga di pasar malam, membawa dan menyimpan barang termasuk catering.
Kenapa kami faham? kerana kami pun peniaga juga.
Harga TETAP. Kami terus bagi harga terendah supaya mudah bagi pembeli bajet.
Harga termurah di pasaran, boleh periksa dan bandingkan di Mudah, Carlist dsb.
Boleh tukar sendiri nama atau kami boleh bantu tukarkan nama
Anggaran pemeriksaan PUSPAKOM, tukar nama, cukai jalan dan insurans dalam RM1300 hingga RM2000.
Prosedur pembelian:
1. Datang untuk test drive lori/van pada hari ditentukan jika setuju dengan harga ditawarkan.
2. Apabila berminat, bayar RM500-RM1000 untuk deposit(Tidak akan dipulangkan)
3. Selesaikan pembayaran penuh dalam tempoh 24 jam.
4. Boleh ambil lori/van terus atau tunggu urusan tukar nama selesai.
Tempat test drive: UKM Bangi.
Ikut highway PLUS keluar di Exit Bangi dan ikut arah Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh: Akan diberikan di ruangan comment
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!
Semua maklumat akan diberikan di sini. Maklumat tambahan mengenai keadaan lori boleh lihat sendiri pada hari tersebut.
Hubungi kami HANYA untuk lokasi.
Lori/van sudah dibeli jika sudah ditukar status SOLD.
Jika terlepas untuk membeli, SMS atau PM sahaja kami nama dan lori/van yang dicari. insyaAllah jika ada lori dan van yang lain kami akan hubungi.
Boleh like page kami di FB/VanUntukDijual kerana di situ lebih cepat update dari di sini.
SERIOUS BUYER ONLY.
NO DEALER BUYER.
010-9345675
Subscribe to:
Posts (Atom)




