Saturday, 3 March 2018

Kelebihan orang kidal

Otak Kreatif dan Genius. Fikiran lebih berstruktur dan lain2.

Pernah terbaca dlm artikel keluaran Harian Metro.

Anak kidal lebih penakut dan pemalu, rasa rendah diri.

Namun semuanya ciptaan Allah yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Siapa sahabat yang kidal ?

Sunday, 27 November 2016

Whatsapp Group

Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Bd1k1yGjI542abiHJLnmqe

Tuesday, 25 October 2016

Latar Belakang Kami di VAN UNTUK DIJUAL




NAMA SYARIKAT     
VUD ENTERPRISE
(NO. PENDATARAN : 002584336-X)

EMAIL
vanuntukdijual@gmail.com
BLOGS
http://vanuntukdijual.blogspot.my
FB PAGES
https://www.facebook.com/vanuntukdijual
FB GROUP
https://www.facebook.com/groups/813646222087382
NO TELEFON
010-9345675 / 019-9639863
MEDIA SOSIAL
https://www.instagram.com/vanuntukdijual
https://twitter.com/VDijual
https://www.tumblr.com/blog/vandijual

PERKHIDMATAN
1. JUAL/BELI VAN BARU DAN TERPAKAI
2. JUAL BELI ALAT GANTI VAN
3. ROADTAX DAN INSURANS KENDERAAN
4. SEWA KENDERAAN BERPEMANDU DAN TANPA PEMANDU

Sunday, 7 August 2016

Van Toyota Hiace

Hubungi saya jika anda ada Van Toyota Hiace untuk disambung bayar..Tak kira tahun.. 😃

Call/whatsapp 010-9345675

Saturday, 6 August 2016

Oleh kerana cuti, pekerja kilang tidak naik van



26 MAC 2016


KULAI - Seorang pekerja kilang elektronik berkata van yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan tujuh orang pagi tadi merupakan van yang beliau selalu naiki untuk ke tempat kerjanya di Senai.
Namun hari ini, Mohd Ridzwan Jahual, 32, yang menyewa di Taman Rinting, Masai berkata, oleh kerana beliau bercuti hujung minggu, beliau tidak menaiki van tersebut.
"Walaupun saya terselamat,  namun saya amat sedih kerana adik bongsu saya maut dalam kemalangan itu," katanya yang berasal dari Kampung Terusan Tanjung, Semporna, Sabah kepada pemberita.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 6 pagi antara van pekerja berkenaan dengan sebuah lori di Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, Senai, Kulai.
Adik kepada Mohd Ridzwa, Julasri, 26, maut di lokasi kejadian beserta lima penumpang dan pemandu van manakala seorang lagi meninggal di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai.

Beliau berkata adiknya yang sebelum ini bekerja di syarikat minyak dan gas di Pulau Indah, Klang, Selangor, baru bekerja di kilang itu selama tiga minggu.
"Sebelum ini arwah adik saya kebiasaannya periang dan peramah, tetapi sejak akhir-akhir ini dia agak pendiam. Saya fikir dia letih sebab bekerja," katanya yang kali terakhir bertemu adiknya pada jam 5 pagi tadi sebelum adiknya keluar dari rumah sewa mereka untuk ke tempat kerja.    
Sementara itu seorang jurugambar polis yang ditugaskan merakam gambar di tempat kejadian, Razis Sigal, 28, tidak menyangka dua daripada mangsa yang dilihatnya bergelimpangan di tempat nahas merupakan darah dagingnya sendiri.
Razis berkata, Julasri merupakan bapa saudaranya manakala seorang lagi mangsa Nur Hakim Bassal, 25, adalah sepupunya.
"Seperti biasa saya akan mendekati mangsa dan memeriksa satu persatu untuk dirakam gambar mereka. Tetapi kali ini yang saya ambil gambar mereka adalah pak cik dan sepupu saya sendiri," kata konstabel ini yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kulai Cawangan Trafik.   
"Saya segera menghubungi keluarga bapa saudara dan sepupu saya di Sabah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku," katanya.
Seorang saksi kejadian, Abdul Aziz Kassim, 49, berkata beliau baru pulang dari minum pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seelong Jaya apabila terdengar bunyi dentuman kuat.
"Pada mulanya saya ingat tayar kereta saya yang pecah. Namun apabila saya teruskan perjalanan saya, saya nampak ada kereta berhenti di tengah-tengah jalan. Saya kemudiannya sangat terkejut apabila ternampak empat mayat berlumuran darah dan bergelimpangan di atas jalan raya," katanya.
Abdul Aziz berkata keadaan di lokasi kemalangan adalah sangat dahsyat dengan jalan raya dibasahi darah mayat-mayat yang bergelimpangan.
Beliau yang turut membantu mangsa, melihat mangsa yang cedera parah tersepit di dalam van yang remuk manakala pemandu lori juga turut tersepit di tempat duduknya. - Bernama

Tujuh maut dalam kemalangan van, lori di Senai


JOHOR BAHRU: Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan van kilang di Jalan Seelong berhampiran Kampung Seelong Jaya, di Senai, Johor pagi tadi.

Enam mangsa termasuk tiga wanita maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kulai.

Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Norarasyil Azim Norahmat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.16 pagi.

Sebuah jentera dengan tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Sehingga kini, maklumat penuh mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan